Jumaat, 24 April 2009

Untuk sesiapa yang frust..



Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...

Rabu, 8 April 2009

Pakatan menang 2 Bukit... BN menang satu batang (Batang Air).. hhehehhe

Keputusan rasmi PIlihan Raya kecil...
Parlimen Bukit Gantang,
calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - 21,860 undi,
calon BN, Ismail Saffian - 19,071 undi,
calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris - 62 undi.
Majoriti 2,789 undi.

Dun Bukit Selambau

Calon KeADILan, S Manikumar - 12,632 undi,

Calon BN, Datuk S Ganesan- 10,229. undi

R Loganathan - 31
Tan Hock Huat - 78
Mohd Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
T Chandrarajan - 73

Majoriti 2,403 undi.


Dun Batang Ai

Calon BN-Malcolm Mussen anak Lamoh - 3,907

Calon PKR- Jawah anak Gerang - 2,053

majoriti- 1,854

Dia Ibuku...


Ibuku,
Dirimu sunguh bermakna bagiku,
yang menjaga diriku,
dari segala bahaya,
sewaktu ku kecil hingga dewasa.

Ibuku..
Tangisanku semasa kecil ditempat tidurmu,
mengganggu tidur malammu,
namun tiada keluhan yang keluar dari lidahmu,
sepanjang menjagaku.

Ibuku..
Sesungguhnya syurgaku terletak dibawah telapak kakimu,
ditinggikan darjat dirimu,
sungguh mulia dirimu terhadap diriku,
selepas Allah Swt dan Nabiku.

Ibuku..
Ku teringatkan lagu-lagumu,
yang dinyanyikan semasa mendodoiku,
tanpa ku sedari sudah terlena dipangkuanmu,
lunak suaramu mengembirakanku,
sehingga tiada lagi ketakutan dalam diriku.

Ibuku..
Kini dirimu sudah di jemput terlebih dahulu,
meninggalkan ayah dan diriku,
bersama-sama adik beradikku,
anak-anakmu,
yang penat lelahmu tiada dikau mengadu,
tanda kasih kepada anakmu.

Ibuku..
dikau sudah meninggalkanku,
namun pengorbananmu,
kepada diriku,
sehingga diriku mencapai puncak dituju.

Ibuku..
Terkilan sungguh hatiku,
Bila dikau tiada disisiku,
tiada tempatku mengadu,
tentang keadaanku.


Ibuku..
aku sudah mencapai cita-citaku,
untuk berada di menara gading,
tempat tercurahnya segala ilmu,
untukku senang di hari depanku.

Ibuku..
walaupun awan menyisih lalu,
tahun sudahpun berlalu,
tanda umurku semakin maju,
namun rinduku terhadapmu,
hanya Allah yang tahu.


Ibu..
terima kasih menjagaku,
terima kasih mendidikku,
sehingga berguna bagiku,
untuk masa depanku.


ingatan tulus ikhlas..
sempena ulang tahun peringatan arwah ibuku,
URFIAH BINTI RUMDI
----4/4/03---



Selasa, 7 April 2009

Di mana hak OKU???






Kita di Malaysia mempunyai banyak bangunan-bangunan yang indah-indah serta juga dengan system pengakutan yang bagus seperti monorel, LRT, dan lain-lain. Dengan keindahan dan pembangunan bangunan-bangunan sama ada firma atau pun bangunan tempat tinggal, sekolah dan pasaraya menunjukkan bahawa kita sedang menuju ke arah Negara maju dan moden.

Namun sayang sekali dengan keindahan bangunan dan system pengangkutan ini hanya memberikan kemudahan kepada masyarakat yang tipikal sahaja. Ini disebabkan bangunan ini direka untuk menunjukkan kelainan dan keunikan sehinggakan tanggungjawab social terhadap insane yang bergelar OKU hampir dilupakan. Hanya sekadar dipinggiran sahaja insane bergelar OKU ini. Apakah ini digelar manusia yang duduk dan membangunkan bangunan pencakar langit namun hanya manusia yang tidak bergelar OKU yang mampu menikmatinya.

Nama sahaja mempejuangkan Oku, tetapi kita sendiri yang merobohkan kembali hak mereka, dengan system pengankuta yang tidak mesra OKU serta bangunan yang susah dimasuki, menjadi penghalang kepada OKU ini. Jika di lihat jika seseorang OKU berkerusi roda mendapat pekerjaan di pusat membeli belah SOGO. Adakah dia mampu bekerja disitu dengan sempurna? Bagaimana mereka in dapat bergerak bebas dengan baik? Dengan keadaan pelan struktur yang tidak sesuai dan hanya nampak cantik di mata tp sangat sedih bagi OKU. Kemudahan yang terhad..

Kita bayangkan jika OKU ini duduk di Gombak, system pengangkutan yang ada hanyalah bas dan LRT, bagaimana dia hendak ke tempat kerja jika di susah hendak bergerak ke tempat kerja?? Renung-renungkan..

Nampaknya banyak lagi kelemahan dalam hal ini kan? Bagaimana nak selesaikannya yer? Ini hanya pendapat sahaja. Yang pertama yang pelu di ubah ialah dasar kerajaan. Iajuga perlu di susuli dengan pelaksanaan undang-undang. Undang-undang ini menjadi garis panduan kepada semua pihak yang telibat.

Pembinaan bangunan kerajaan mestilah mesra OKU dah lebih bersifat dinamik. System pengngkutan perlu lebih dikemaskini, Iaitu syarikat pengusaha-pengusaha bas mesti menyediakan tempat orang yg berkerusi roda pada satu-satu masa. Tidak lupa juga kepada system pengangkutan kereta api yang yang perlu bangunkan untuk mesra OKU. Iaitu menyediakan laluan khas untuk mereka untuk bertukar tren serta bangunan syarikat kereta api perlu lebih mesra pelanggan dan OKU.

Kemudahan mereka tanggungjawab bersama. Ingat sekali kita berbudi dengan OKU sampai mati mereka akan ingat. Dengan menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna tidak mustahil untuk OKU bekerja dan bergerak bebas serta mampu berdikari dengan bekerja.

Menurut kata pujangga, Allah SWT tidak akan mengubah kehidupan sesuatu kaum sehingga kaum itu terlebih dahulu mengubah diri mereka. Ini sangat jelas meminta kita mengubah kebiasaan kita dengan memberi keperluan untuk OKU bebas bergerak tanpa halangan, tidak mustahil juga mereka mampu menjadi oarng Berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah..

Buatlah sesuatu kerana Allah SWT, serta mulakanlah sesuatu pekerjaan dengan Bismillah”




Ahad, 5 April 2009

Hak OKU: apakah kita menolak atau membantu??





Merujuk pada artikel yang dipetik Berita Harian Online bertarikh Khamis, 12 Mac 2009 bersamaan15 Rabiulawal 1430 yang bertajuk “Persatuan minta bantuan Terengganu tak had kemudahan OKU”. Artikel ini secara dasarnya meminta sumbangan kepada kanak-kanak OKU. Artikel ini juga menggambarkan bahawa golongan OKU berasa kecewa dengan sikap masyarakat yang bersikap kebajikan iaitu bahawa OKU perlu bergantungan dan bukannya berusaha sendiri.

Jika hendak di ulas tentang artikel ini, sungguh banyak. Namun saya hanya ulah sebahagian sahaja. Walaupun artikel surat kabar ini hanya sedikait sahaja namu isinya tidak menggambarkan bilangan perkataannya. Ini digambarkan bahawa luahan hati daripada Persatuan Penggunaan Standard Malaysia. Persatuan ini juga pernah bekerja dengan Persatuan Pengguna Satandard Jepun. Pengalaman mereka diJepun ini menerangkan bahawa kehidupan OKU di Malaysia agak mundur berbanding dengan Negara-negara maju yang lain. Di antara yang digambarkan di Jepun, golongan OKU tua di sana dapat berdikari untuk meneruskan kehidupan tanpa memerlukan bantuan secara berterusan oleh masyarakat sekeliling.

Namun terbalik di Malaysia, golongan OKU di negara kita kerap kali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada derma dan kebajikan serta menjadi subjek kebajikan sepanjang hidup mereka. Mungkin di sekeliling kita, seringkali melihat ada golongan OKU yang menjual tisu serta mengharap belas kasihan orang di kedai-kedai makan di kawasan Lembah Kelang. Namun ini seringkali menjadi ikon kepada kebanyakan masyarakat di Malaysia, iaitu OKU hanya mampu menjdi peminta sedekah dan bukannya memerah empat kerat tulang mereka. Inilah yang di katakan minda kelas ketiga walaupun kemudahan kelas “PERTAMA”.

Berbalik kepada kemudahan, tidak dinafikan bahawasanya Malaysia menjadi tempat tarikan pelancong kerana idea Mantan Perdana Menter Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad membina bangunan KLCC dan Menara Kuala Lumpur sehingga kini dibangga-banggakan. Cuba kita renung kembali, berapa banyak bangunan besar, pasaraya-pasaraya, bangunan firma-firma kerajaan dan swasta. Adakah semua bangunan di atas boleh menepati cita rasa OKU ataupun berapa banyak yang boleh dikatakan mesra pengguna OKU? Ini satu persoalan yang pendek namun sangat bermakna bagi OKU.

Kebanyakan bangunan awam walaupun harus mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan tetapi tidak mesra OKU. Mengikut kanun 34A, UBBL, pembinaan bangunan haruslah mengikut standard Malaysia, tetapi ia tidak dipatuhi.

Sesetengah bangunan mempunyai reka bentuk untuk OKU tetapi tidak berfungsi. Sebagai contoh, landasan untuk kerusi roda terlalu curam dan boleh membahayakan OKU yang menggunakan kerusi roda dan tulisan Braille pada butang lif yang tidak mempunyai bantuan pendengaran untuk menunjukkan tingkat. Ini adalah sebahagian perenggan yang di utarakan oleh penulis tentang keadaan bangunan di Malaysia. Sedihkan melihat keadaan OKU begini?


----azRoy RahMan Al-Baweani---

3.41am



Sabtu, 4 April 2009




Sebuah coretan untuk mahasiswa..



Duhai mahasiswa,
siangmu belajar,
malam mu pun belajar,
namun tidak dilupa pada yang berjuang,
menuntut ilmu untuk bekalan masa akan datang.

IPTA,
tempat yang diidam-idamkan,
oleh semua orang,
tempat menara gading,
tempat mendapat ilmu pengetahuan,
ataupun tempat menghasilkan robot,
dikutip oleh syarikat dan kilang-kilang.

Ah.... adakah tempat ini digunakan untuk belajar?
ataupun berfoya-foya dengan kekasih hati,
ataupun tempat untuk membaca buku sahaja,
ataupun tempat melahirkan harapan bangsa.

Mahasiswa,
Adakah orangnya seindah namanya?
ataupun indah kabar daripada rupa?

Mahasiswa,
bangunlah kalian,
jangan sering dikau dipergunakan.

Bangun, bangun, bangun.... wahai mahasiswa,
berjuanglah untuk agama dan bangsa,
bukan sebagai seorang yang membebankan negara,
ataupun yang dijadikan helaian sahaja,
untuk mencapai cita-cita seorang yang berkuasa.

Aduh...
Bangunlah kalian daripada tidurmu,
janganlah diulit mimpi-mimpi yang indah,
atau di belenggu dengan angan-angan....

Kalian mahasiswa, seperti diriku...
datang ke universiti untuk mencari sesuatu,
supaya pada masa hadapan berubah hidupku,
daripada seorang yang tidak mampu menyumbangkan sesuatu,
sehinga menjadi pemimpin bangsaku.

Sahabatku, mahasiswa..
Usahlah dikau bertegang urat,
menegakkan benda yang sia-sia,
membezakan rakan dan perjuangan dengan hanya idealisme,

Ahhh.. persetan semua itu,
jadilah dirimu yang sebenar,
seraplah segala ilmu yang ada di menara gading ini,
kumpulkanlah segala pengalaman,
agar dikau mempunyai aura seorang mahasiswa,
yang digeruni semua pihak,
bukan kerana kekuatan atau kederatmu,
tetapi kerana ilmu dan ketegasan mu..

Ingatlah sahabat-sahabatku,
pesanan Luqmanul Hakim,
ujilah sahabatmu dahulu,
sebelum menjadikan ia sahabat baikmu,
untuk berkongsi segala liku,
supaya dikau tidak tertipu..





----Azroy raHman Al-Baweani ---
Sabtu 12.28




Jumaat, 3 April 2009

kesian ngan OKU atau lebIH menjadikan mereka lebih OKU....

Bila kita berkata tentang OKU, sudah tentu bermain diminda kita dengan perasaan kasihan dan orang yang tidak mampu untuk berusaha. Ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang hampir keseluruhannya berpegang teguh dengan model kebajikan dan model perubatan.
Kemungkinan masyarakat Malaysia di ajar untuk bersikap demikian, mungin juga masyarakat Islam menafsirkan bahawa golongan OKU merupakan golongan yang lemah dan tidak berupaya serta perlu dibantu oleh masyarakat sekeliling. Mungkin juga masyarakat di Malaysia bersikap pemurah dan ingin membantu golongan oKU ini.
Namun terdapat juga golongan OKU di anggap golongan yang perlu dibantu serta dibantu dalam semua aspek. Namun bagi saya mungkin juga masyarakat tidak meyakini kelebihan dan kekuatan golongan ini untuk bekerja. Persepsi ini sedikit sebanyak menjadikan OKU berfikir negative terhadap masyarakat yang dikelaskan “normal”. Kebanyakan modul ini sedikit menjadi OKU kurang untuk berusaha kerana masyarakat sedikit sebanyak menidakkan keupayaan mereka.
Bagi saya pemikiran masyarakat perlu di ubah secara berkala iaitu sedikit demi sedikit, kerana perubahan secara drastic hanya memberikan kesan sementara ataupun banyak yang negative dari positif. Pemikiran yang perlu diubah ialah berubah dari modul kebajikan dan modul perubatan yang lebih memanjakan OKU serta menidakkan keupayaan OKU kepada Modul hak asasi yang lebih member peluang kepada oKU mencapai cita-cita serta bersaing dengan orang normal di dalam kehidupan harian mereka.
Model hak asasi juga dilihat sebagai model yang lebih memberikan kebebasa serta hak-hak yang patut mereka perolehi seperti dalam bidang pendidikan, pekerjaan, kemudahan awam dan lain-lain. Jika kita sedari, golongan ini juga di diskriminasi secara tidak langsung oleh masyarakat sekeliling. Di antaranya dari segi pendidikan ada golongan OKU yang tidak dapat mendapat peluang pendidikan seperti golongan yang mempunyai masalah yang teruk seperti ADHD, autism dan lain-lain. Namun ada juga yang di diskriminasikan oleh firma-firma untuk mereka mendapat peluang pekerjaan. Kerana mentaliti masyarakat sendiri tidak membenarkan mereka menunjukkan keupayaan mereka.
Namun jika mereka diberi peluang sedikit sebanyak memberikan mereka peluang untuk berdikari daripada masa ke semasa. Ini boleh membantu mereka lebih berusaha menjadi boleh berupaya bersaing secara sihat dengan orang normal yang lain.

Babi oh Babi, kenapa kau nak jadi Babi?





AMARAN KERAS, JIKALAU TAK SANGGUP BACA SILA TEKAN ALT+F4 UNTUK BERAMBOS KELUAR DARI ENTRY INI. JIKALAU ANDA GELI DENGAN BABI SEPERTI MANA ORANG MELAYU ISLAM YANG LAIN, DAN TAK SANGGUP ANDA BOLEH BERAMBOS. JIKALAU ANDA SANGGUP SILALAH BACA DIBAWAH. AMARAN SUDAH DIBERI SEBARANG KETIDAK PUAS HATIAAN BOLEH BERAMBOS DULU. SEBARANG KECEDERAAN HATI TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENULIS.




Lembu pendek merupakan nama samaran bagi seekor binatang yang sangat digeruni oleh orang Melayu. Hidungnya yang besar lagi berair merupakan satu tanda betapa jijiknya binatang itu pada orang Melayu.


Babi merupakan sejenis binatang yang suka memakan tahinya sendiri malah ia tidak peduli jikalau pasangannya mengawan bersama pasangan yang lain. Sudah menjadi lumrah kehidupan Allah jadikan babi sebegini rupa. Pasti ada hikmahnya.


Bagi orang Melayu, Babi merupakan simbol yang penuh jijik lagi menjijikkan. Tidak pernah mana-mana binatang dalam dunia ini ditempatkan di tahap babi dalam kamus Melayu. Walaupun lalat suka menghurungi tahi keras di tandas dan nyamuk aedes telah membunuh beribu-ribu umat Melayu sepanjang zaman akibat penyakit yang dibawa oleh mereka, babi tetap menempatkan diri ditangga teratas selaku johan sebagai 'Binatang Paling Jijik lagi Menjijikkan' di Alam Melayu yang semakin pupus.



Allah s.w.t juga mengisahkan sebuah kisah yang dimana ibu bapa si fulan disumpah menjadi babi di zaman Nabi Musa a.s. Mari kita ikuti cerita tersebut di bawah:


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.


Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.


“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.


“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.


Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.



Itulah kisah yang penulis dengar turun temurun dari zaman sekolah tadika tepi surau hinggalah sebelum amik PAFA sekolah menengah. Babi didalam cerita ini digambarkan dengan begitu hina kerana ditakwilkan sama taraf dengan dosa yang si ibu dan bapa lakukan. Tetapi si anak masih setia melakukan tugasan harian menjaga ibu bapa walaupun dalam keadaan mereka 'membabikan' diri dek sumpah Allah Yang Maha Kuasa dalam menghukum apa sahaja dosa yang dilakukan hambanya.



Hamba. Kita dan babi hanyalah hamba. Sehebat mana pun manusia jikalau dosa kita biadap, angkuh, bermangkuk hayunkan diri kepada Allah kita mungkin menjadi hina dan lebih rendah daripada haiwan kerana seperti babi, ia tidak dikurniakan akal yang sihat lagi cerdas yang mampu menghafal dan meng'amin' doa tetapi kita selaku manusia yang disekolahkan dengan ilmu agama yang seciput untuk mengenal Tuhan kita, sudah tentu kita faham tanggung jawab kita sebagai hamba Allah yang lebih bijak daripada babi.



Tetapi dalam dunia ni, dari zaman Rasulullah S.A.W sampailah zaman Islam Hadhari yang Pak Lah cuba tegakkan, manusia hatta yang beragama Islam pun masih tidak sedar kadang kala mereka lebih suka mem'babi'kan diri daripada me'Muslim'kan diri.


Hairan bin pelik bin takjub.



Adakah kerana sistem pendidikan kita sememangnya ingin melahirkan manusia yang sanggup mem'babi'kan diri kita oleh kerana bagi penggubal polisi pendidikan, agama dan kehidupan moden tidak perlu di sama ratakan?



Sahlah ramai daripada umat Melayu yang kononnya moden telah mem'babi'kan diri mereka dengan begitu mudah sekali. Cuba tengok gambar dibawah ni:




Best sangat ke pegang babi? Kenapa perlu senyum? Awek, engaku tu orang Melayu Islamkan? Pakai tudung lagi.




Sekali tengok rasa macam nak ngorat. Tapi tengok belakang terus aku muntah! Kenapa la ko sanggu begini wahai awek veterina!!!



"Agaknya babi ni nama apa yek? Boleh kita dating sama-sama kat cafe nanti kan Timah?"



Apa pandangan anda? Redha? Tak kisah? jijik?


Sebagai orang Melayu yang sangat bangga dengan susur galur Islam yang dibawa oleh para pedagang Arab, Cina dan India kepada Parameswara pada satu waktu dahulu, tentunya gambar-gambar ini dipandang dengan penuh hina lagi jijik!


Bagaimanakah seorang jelitawan awek veterinar seperti mereka ini boleh berkelakuan begini? Bukankah semua ini jelas menunjukkan betapa jahil dan tidak sensitifnya mereka kepada pandangan masyarakat? Seolah-olah mereka ini anak Peter Schemichel, penjaga gawang Manchester United era 90-an yang memiliki ladang babi yang besar di Denmark?


Seperti mana umat Melayu tidak boleh menerima kebodohan Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada Pakcik Tukiman yang mendapat liputan media yang hangat baru-baru ini, apatah lagi isu berposing dengan babi ini tidak dikeji oleh orang ramai?



Buatlah macam mana pun, selagi mana umat Melayu kita berpegang kepada Islam, babi akan tetap dipandang sial,jijik,hina lagi kotor di kaca mata orang yang Melayu tulen yang berpaksikan Islam sebagai cara hidup.


Gambar tersebut telah tersebar ke seluruh pelusuk alam siber. Mungkin orang akan kata "biarlah tu gambar private diorang, suka-suki diorang la nak letak gambar tu kat mana pun".


Bila penulis tunjuk gambar ni pada seorang Pakcik cleaner, dia jawab:


" Awat bodoh sangat depa ni. Sekolah tinggi-tinggi tapi tang halal haram depa pegi seronok-seronok pulak. Pakcik paham le depa ni doktor hewan, tapi takkan nak bergambar macam ni pulak! Selaku orang tua-tua yang dah nak masuk liang, Pakcik rasa sungguh terhina dan tercabar!"


" Eh, kenapa pakcik emo pulak ni?" sapa saya,


"Mana tidaknya ko ni, kami rasa malu anak cucu kami sudah tidak faham erti HORMAT, MARUAH DAN AGAMA. Pantang tok nenek aku tengak anak-anak Melayu dah tak reti ada rasa MALU dalam kehidupan mereka. Lantak depa la nak jadi apa pun tapi bila dah benda macam ni tersebar pada khalayak kami rasa tak senang duduk sebab kami tahu semua ini bertentangan dengan budaya dan agama kita!"


Emo betul pakcik tu. Tapi itulah mereka. Orang tua-tua masih tidak lupa susur galur mereka. Agama Islam itu lebih tinggi daripada apa pun dalam hidup mereka.

Bukan sikit orang yang mengecam gambar awek-awek vetrinar tu. Sudah banyak kali penulis melihat emel, dan blog yang mengecam gambar-gambar tu. Rasanya sudah ada pihak berwajib yang cuba mengambil tindakan terhadap IPT berkenaan.



Yang lagi bangang ialah kenapa la awek-awek tu pegi berposing macam tu? Kalau gambar tu ditakdirkan menjadi koleksi peribadi, mungkin boleh diterima sebab hak mereka. Tak ada kerja Jabatan Agama pecah bilik mereka dan rampas semua gambar tu dan pampang kepada khalayak sebab kerja-kerja nahi mungkar ni memang tidak sama macam Ah Long. Ada uslub (cara) dan marhalah(peringkat) yang tertentu sebelum buat sesuatu.


Bagi penulislah tak tahulah sama ada awek-awek vet ni dikenakan orang ke apa, tapi yang penulis boleh komen ialah kenapa la awek-awek ni budus sangat sampai boleh biar gambar-gambar ni terlepas?


Kalau dah tahu gambar-gambar tu bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan yang bodoh sangat pergi simpan tu buat apa? Ok, simpan la baik-baik paling koman pun. Antara hipotesis yang penulis boleh buat:


1. Awek ni share gambar pada balak-balak dia.

2. Kamera awek ni dirampas dan didajalkan oleh hamba Allah yang lain.

3. Awek ni memang saja suka orang tengok sebab dia bangga dengan gambar posing dia dengan babi-babi tersebut.


Jawapan yang betul, hanya awek dan Allah yang tahu.


Tapi, jikalau kita nak buat kesimpulan awal daripada semua hipotesis tersebut, root cause masalah ini boleh kita kaji.


NAMPAK SANGAT AWEK TU JUGAK YANG BODOH SEBAB DAH TAHU HARAM DAN SANGAT SENSITIF PADA MASYARAKAT, KENAPA BANGANG SANGAT SANGGUP POSING MACAM TU!


Tak kisahlah, awek tu kena dajal oleh orang lain ke, gambar kena hijack dari PC ke tapi persoalan awal dan fundamental kenapalah bangan sangat...


Apa pendapat anda? Adakah anak-anak muda sekarang memang suka mem'babi'kan diri mereka seperti mana babi yang tidak tahu malu makan tahi sendiri serta membiarkan isterinya dirawan oleh babi yang lain?


Tepuk dada dan tanya adakah anda juga mampu mem'babi'kan diri?



Penulis tidak bertanggung jawab atas segala jenis perasaan yang timbul setelah para pembaca membaca artikel ini kerana penulis telah memberi amaran di atas. Majula diri untuk agama, bangsa dan negara. Jangan jadikan diri anda mem'babi' seperti awek-awek tersebut.

Di petik daripada..

jiwamuda.blogspot.com
Daisypath Anniversary tickers