Sabtu, 25 Disember 2010

Secreto de Rahman ComoT: Finale season de UKM..

Kehidupanku bergelar seorang mahasiswa di UKM telah bermula pada Julai 2007. Pada saat itu bermulalah diri in belajar selaras dengan cita-cita orang tua ku yang bersungguh-sungguh mahu melihat anaknya melanjutkan pelajaran di menara gading. Sungguh girang hatiku apabila mula menjejakkan kaki di bumi UKM ini pada masa yang sama juga ku gembira kerana cita-cita ayahku tercapai. Inilah universiti yang aku idamkan sejak pertama kali menjejak kaki di UKM sewaktu diriku di tingkatan enam menghadiri seminar menjawab peperiksaan Kertas Pengajian Am, untuk peperiksaan STPM.

Bermula dengan kursus ku di UKM iaitu Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas) merupakan satu kursus yang agak mencabar. Teringat waktu mula-mula masuk ke dewan kuliah sewaktu Minggu Mesra Mahasiswa (3M) kini dikenali sebagai MMP (Minggu Mesra Pelajar), seorang pensyarah yang tidak ku ingat siapa pada waktu itu yang mengatakan, syarat untuk menjadi guru sekurang-kurangnya perlu lepas pointer PNGK 2.75. Memang agak kelu jugalah diri ini. Dari situ juga, aku mula menanam hasrat untuk mendapat pointer PNGK 3.00 dan ke atas. Akhirnya telah ku perolehi.

Berbalik kepada kehidupan di dalam kampus. Aku mula memasuki kediaman Kolej Ibrahim Yaakub (x ingat no bilik) bersama -sama Wadi, Hazmin, dan Dayat. Inilah kali pertama dapat berkawan dengan orang daripada negeri lain dengan rapat selain orang KL dan Selangor. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Inilah sahabat yang baik dan memahami satu sama lain. Bermula pada semester kedua tahun pertama, Hazmin telah keluar dari KIY (Kolej Ibrahim Yaakub) ke Kolej Tun Hussein Onn di mana dia telah menyertai PALAPES @ ROTU. Kemudian tempat Hazmin telah digantikan dengan Nassier. Pelbagai-bagai ragam..

Bila mengenangkan kembali saat waktu tahun satu, mahu gelak pon ada. Aku bersyukur berada di KIY kerana di situ aku mula di didik oleh Bop Abdul Ghapur merangkap super senior yang tegas namun hatinya baik. Dari situ juga aku mula berorganisasi dan mendapat didikan untuk menjadi manusia, namun waktu itu juga aku beruntung mendapat seorang guru silat yang aku sudah anggap seperti ayah sendiri di bumi UKM ini iaitu Cikgu Roslan, walaupun garang, namun hatinya sangat baik. Tidak pernah kedekut ilmu.

Liku-liku di bumi UKM ini aku harungi dengan baik. Saat itulah join perang DECTAR, Pilihan raya Kampus, kenal ngan SILAT,ISIUKM, bdak2 surau, n etc. Namun kehidupan di universiti ini adalah bebas dari kongkongan keluarga. Kita bebas membuat apa sahaja.Haaaa.. itulah pentingnya berkawan, kerana pemilihan kawan di universiti ini sangat penting. Kerana kawan kitalah akan menentukan perjalanan hidup di bumi kampus. Di sini juga mengenali insan yang muka nya baik, namun hatinya busuk, tikam belakang, orang yang disangka sombong itulah yang kadangkala baik dengan kita.

Bermula dengan nama gelaranku sebagai Azroy @ Rahman 125z, motor kesayanganku. Namun, kini aku telah beralih kepada Honda.. Bukan Honda ACCORD tapi Honda WAVE... hehhe..

Di universiti ini juga aku telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama KAMALIAH.. wow, berani mati gile kan.. Namun jodoh xpanjang, penghujungnya, gadis ini telah bertunang ngan senior ku yang bernama HAMDI. Hamdi, ko memang bertuah.. ngeh23..

Bermula dari sikap panas dan berangin kemudian berubah sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Di sini juga aku telah berkawan ngan Syed Ali, Shamsu, Am, Kak Jah, Bro Syukor, Bro Ajai, Kak Aya, Apan, Nasaie, lin n etc (x terkiro banyaknye). Inilah antara kawan-kawan baikku.. Merekalah banyak membimbing dan membantu membentuk diri ini yang serba kekurangan.

Kemudian berbalik dengan pengalaman berorganisasi di UKM, bermula menjadi AJK2 untuk program surau, kemudian memegang beberapa jawatan di kelab-kelab seperti Silat, PERKIM, PENDIDIK dan JAKSA Kerohanian, KIY.. Sengal kan, dah lah ilmu agama cetek, tiba-tiba diberi amanah berat macam ni. Memang sukar membahagikan masa sebenarnya, namun.. waktu inilah pentingnya ada seorang teman tapi mesra. Dialah yang banyak membantu dalam urusan kerja di dalam kelas. Dia juga banyak membantu aku dalam menjadi manusia yang menghormati orang lain dan tak cepat melenting. Kenangan bersama KAMALIAH akan dijadikan kenangan untuk selama-lamanya. Wajahnya yang manis dan suka senyum, membuat hati ini yang penat menjadi tenang kembali. Namun xlupa juga kepada kawan-kawan baik ku seperti Dayat, Apan, Ali, Nasaie dan Lin yang sangat baik dan ada di waktu aku memerlukan pertolongan dan lain-lain.

Kalau kalian hendak tahu, di bumi UKM ini menjadi sejarah, bdak Comot ini muntah makan ikan patin di Johor, muntah makan ikan patin masak tempoyak yang di masak oleh Ali.. Tapi akhir tahun 2010 menjadi penamat untuk aku muntah, tekak ini boleh makan ikan patin masak tempoyak berkat masakan Cik Mah (isteri Cikgu Roslan ngan Mak Cik Sally) yang membuatkan tekak ini mencuba sampai x termuntah..

Penatnya...

Namun sekarang ini, aku bukan lagi bersama KAMALIAH JAMALUDDIN, namun kini sudah berkawan dengan seorang gadis dari Kelantan, yang ku gelar Gadis Bertudung Merah. Moga panjang jodoh kami. Penat siot bercinta. Tapi kali ni beliau merupakan seorang Ustazah merangkap bakal guru.. belajar di mana n macam mana kami kenal.. Rahsia lah geng.. :D

Sampai sinilah aku menulis, lain kali kita berjumpa lagi.. X sangka ini penulisan bagi penutup tahun 2010. Nantikan penulisan seterusnya...:D

____________________
Rahman Comot @ Pak aRaB
25 Disember 2010
4.21 pagi
Mc Donald Taman Melati, KL..

Khamis, 23 September 2010

Cinta Kepada Gadis Bertudung Merah


Cinta mu hadir di kala aku keseorangan,
Hati ini tertanya-tanya siapa gerangan orangnya?
Engkau hadir bak memberi cahaya kepada yang sedih terluka.

Nama mu ku gelar "Gadis Bertudung Merah",
Umpama gelora lautan menjadi tenang,
Ribut petir menjadi terang.

Indah sungguh budi pekertimu,
Zarah-zarah solehah terpancar di wajah dan akhlakmu,
Zikirku pastinya pada Mu,
Allah,
Tanda syukurku kepada Mu tidak terhingga kerana
menemukan diriku dengan dirinya,
Izinkan daku memperisterikannya.


paK aRaB @ Bdak COmot (2010)
5.47 pm


Jumaat, 6 Ogos 2010

Syukur..



Sudah lama rasanya Man x mengeluarkan artikel. Namun ade kesempatan di petang jumaat ini Man menulis sedikit penulisan walaupun demam dan makan ubat namun inilah masanya Man menulis.
Apa khabar semua kawan2 yang mengikuti perjalanan penulisan blog Man ini. Untuk pengetahuan semua man telah pon menukar nama di Facebook kepada Chuk Mang.. Memang kelakar kan. Tapi inilan nama Man sewaktu man berumur 4 hingga 6 tahun. Terlalukan rindukan saat itu. Teringat kepada arwah ibunda ku tersayang yang pergi buat selama-lamanya bertemu dengan Ilahi.

Sudahlah Rahman, jangan berangan-angan lagi. Kita sambung kembali cerita. Tajuk yang Man utarakan hari ni ialah syukur. Kenapa ya, Man? Sakit pun bersyukur ka? Itulah kita, kadang2 yang sakit inilah penghapus dosa2. Supaya kita ingat kembali kepada Nya, Tuhan Yang Esa. Kalu kita tidak sakit, amat sedikitlah masa kita mengingatinya kecuali orang2 yang taat kepada Nya.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar faedahnya."
(Q.S. Al-Ankabut: 45)

" Maka ingatlah kamu kepada -Ku. Nescaya Aku ingat kepadamu. Dan berterima kasihlah kepada-Ku dan janganlah kamu menyangkal nikmat- Ku.
(Q.S Al-Baqarah: 152)

Daripada dua potong ayat di atas jelas menunjukkan betapa Allah SWT bersyukur ke atas semua pemberiaan Allah Taala. Walaupun pada mata kita itu buruk (seperti sakit @ dugaan), namun bagi Allah Taala itulah ujian untuk kita bagi Allah untuk meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.

Ada manusia yang hidup pada hari ini seolah2 terlupa yang mereka itu adalah hamba. Hamba kepada siapa? Hamba kepada Allah SWT yang menjadikan dan memberikan kehidupan di atas dunia sebagai percubaan untuk menuju ke alam akirat.

Dunia bagi orang beriman ialah seperti neraka, manakala syurga bagi orang2 kafir laknatullah. Allahumma inni as-aluka ridhoka wal jannah, wa naudzubika min sohtika wan nar..
Marilah kita harapkan redha syurga daripada Allah Taala dan minta sangat2 di jauhkan dari api neraka.

Bagi Man, cukuplah sekadar Man hidup di dunia ini selama2 nya asalkan Allah SWT memberi Man jauh daripada Neraka yang amat pedih siksaannya. Kerna Man sedar yang diri ini tidak layak menuju ke syurga Allah Taala dengan amalan yang x seberapa ini.

Ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan diri, ku sesali kejahilan diri..

Wajib bagi orang-orang mukmin menyintai ulama dan orang-orang yang soleh. Mengikuti nasihat mereka, menjahui amal buruk dan menjadikan syaitan sebagai musuh. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah ia sebagai musuh!"
( Q.S Al- Fathir : 6)