Jumaat, 3 April 2009

Babi oh Babi, kenapa kau nak jadi Babi?





AMARAN KERAS, JIKALAU TAK SANGGUP BACA SILA TEKAN ALT+F4 UNTUK BERAMBOS KELUAR DARI ENTRY INI. JIKALAU ANDA GELI DENGAN BABI SEPERTI MANA ORANG MELAYU ISLAM YANG LAIN, DAN TAK SANGGUP ANDA BOLEH BERAMBOS. JIKALAU ANDA SANGGUP SILALAH BACA DIBAWAH. AMARAN SUDAH DIBERI SEBARANG KETIDAK PUAS HATIAAN BOLEH BERAMBOS DULU. SEBARANG KECEDERAAN HATI TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENULIS.




Lembu pendek merupakan nama samaran bagi seekor binatang yang sangat digeruni oleh orang Melayu. Hidungnya yang besar lagi berair merupakan satu tanda betapa jijiknya binatang itu pada orang Melayu.


Babi merupakan sejenis binatang yang suka memakan tahinya sendiri malah ia tidak peduli jikalau pasangannya mengawan bersama pasangan yang lain. Sudah menjadi lumrah kehidupan Allah jadikan babi sebegini rupa. Pasti ada hikmahnya.


Bagi orang Melayu, Babi merupakan simbol yang penuh jijik lagi menjijikkan. Tidak pernah mana-mana binatang dalam dunia ini ditempatkan di tahap babi dalam kamus Melayu. Walaupun lalat suka menghurungi tahi keras di tandas dan nyamuk aedes telah membunuh beribu-ribu umat Melayu sepanjang zaman akibat penyakit yang dibawa oleh mereka, babi tetap menempatkan diri ditangga teratas selaku johan sebagai 'Binatang Paling Jijik lagi Menjijikkan' di Alam Melayu yang semakin pupus.



Allah s.w.t juga mengisahkan sebuah kisah yang dimana ibu bapa si fulan disumpah menjadi babi di zaman Nabi Musa a.s. Mari kita ikuti cerita tersebut di bawah:


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.


Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.


“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.


“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.


Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.



Itulah kisah yang penulis dengar turun temurun dari zaman sekolah tadika tepi surau hinggalah sebelum amik PAFA sekolah menengah. Babi didalam cerita ini digambarkan dengan begitu hina kerana ditakwilkan sama taraf dengan dosa yang si ibu dan bapa lakukan. Tetapi si anak masih setia melakukan tugasan harian menjaga ibu bapa walaupun dalam keadaan mereka 'membabikan' diri dek sumpah Allah Yang Maha Kuasa dalam menghukum apa sahaja dosa yang dilakukan hambanya.



Hamba. Kita dan babi hanyalah hamba. Sehebat mana pun manusia jikalau dosa kita biadap, angkuh, bermangkuk hayunkan diri kepada Allah kita mungkin menjadi hina dan lebih rendah daripada haiwan kerana seperti babi, ia tidak dikurniakan akal yang sihat lagi cerdas yang mampu menghafal dan meng'amin' doa tetapi kita selaku manusia yang disekolahkan dengan ilmu agama yang seciput untuk mengenal Tuhan kita, sudah tentu kita faham tanggung jawab kita sebagai hamba Allah yang lebih bijak daripada babi.



Tetapi dalam dunia ni, dari zaman Rasulullah S.A.W sampailah zaman Islam Hadhari yang Pak Lah cuba tegakkan, manusia hatta yang beragama Islam pun masih tidak sedar kadang kala mereka lebih suka mem'babi'kan diri daripada me'Muslim'kan diri.


Hairan bin pelik bin takjub.



Adakah kerana sistem pendidikan kita sememangnya ingin melahirkan manusia yang sanggup mem'babi'kan diri kita oleh kerana bagi penggubal polisi pendidikan, agama dan kehidupan moden tidak perlu di sama ratakan?



Sahlah ramai daripada umat Melayu yang kononnya moden telah mem'babi'kan diri mereka dengan begitu mudah sekali. Cuba tengok gambar dibawah ni:




Best sangat ke pegang babi? Kenapa perlu senyum? Awek, engaku tu orang Melayu Islamkan? Pakai tudung lagi.




Sekali tengok rasa macam nak ngorat. Tapi tengok belakang terus aku muntah! Kenapa la ko sanggu begini wahai awek veterina!!!



"Agaknya babi ni nama apa yek? Boleh kita dating sama-sama kat cafe nanti kan Timah?"



Apa pandangan anda? Redha? Tak kisah? jijik?


Sebagai orang Melayu yang sangat bangga dengan susur galur Islam yang dibawa oleh para pedagang Arab, Cina dan India kepada Parameswara pada satu waktu dahulu, tentunya gambar-gambar ini dipandang dengan penuh hina lagi jijik!


Bagaimanakah seorang jelitawan awek veterinar seperti mereka ini boleh berkelakuan begini? Bukankah semua ini jelas menunjukkan betapa jahil dan tidak sensitifnya mereka kepada pandangan masyarakat? Seolah-olah mereka ini anak Peter Schemichel, penjaga gawang Manchester United era 90-an yang memiliki ladang babi yang besar di Denmark?


Seperti mana umat Melayu tidak boleh menerima kebodohan Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada Pakcik Tukiman yang mendapat liputan media yang hangat baru-baru ini, apatah lagi isu berposing dengan babi ini tidak dikeji oleh orang ramai?



Buatlah macam mana pun, selagi mana umat Melayu kita berpegang kepada Islam, babi akan tetap dipandang sial,jijik,hina lagi kotor di kaca mata orang yang Melayu tulen yang berpaksikan Islam sebagai cara hidup.


Gambar tersebut telah tersebar ke seluruh pelusuk alam siber. Mungkin orang akan kata "biarlah tu gambar private diorang, suka-suki diorang la nak letak gambar tu kat mana pun".


Bila penulis tunjuk gambar ni pada seorang Pakcik cleaner, dia jawab:


" Awat bodoh sangat depa ni. Sekolah tinggi-tinggi tapi tang halal haram depa pegi seronok-seronok pulak. Pakcik paham le depa ni doktor hewan, tapi takkan nak bergambar macam ni pulak! Selaku orang tua-tua yang dah nak masuk liang, Pakcik rasa sungguh terhina dan tercabar!"


" Eh, kenapa pakcik emo pulak ni?" sapa saya,


"Mana tidaknya ko ni, kami rasa malu anak cucu kami sudah tidak faham erti HORMAT, MARUAH DAN AGAMA. Pantang tok nenek aku tengak anak-anak Melayu dah tak reti ada rasa MALU dalam kehidupan mereka. Lantak depa la nak jadi apa pun tapi bila dah benda macam ni tersebar pada khalayak kami rasa tak senang duduk sebab kami tahu semua ini bertentangan dengan budaya dan agama kita!"


Emo betul pakcik tu. Tapi itulah mereka. Orang tua-tua masih tidak lupa susur galur mereka. Agama Islam itu lebih tinggi daripada apa pun dalam hidup mereka.

Bukan sikit orang yang mengecam gambar awek-awek vetrinar tu. Sudah banyak kali penulis melihat emel, dan blog yang mengecam gambar-gambar tu. Rasanya sudah ada pihak berwajib yang cuba mengambil tindakan terhadap IPT berkenaan.



Yang lagi bangang ialah kenapa la awek-awek tu pegi berposing macam tu? Kalau gambar tu ditakdirkan menjadi koleksi peribadi, mungkin boleh diterima sebab hak mereka. Tak ada kerja Jabatan Agama pecah bilik mereka dan rampas semua gambar tu dan pampang kepada khalayak sebab kerja-kerja nahi mungkar ni memang tidak sama macam Ah Long. Ada uslub (cara) dan marhalah(peringkat) yang tertentu sebelum buat sesuatu.


Bagi penulislah tak tahulah sama ada awek-awek vet ni dikenakan orang ke apa, tapi yang penulis boleh komen ialah kenapa la awek-awek ni budus sangat sampai boleh biar gambar-gambar ni terlepas?


Kalau dah tahu gambar-gambar tu bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan yang bodoh sangat pergi simpan tu buat apa? Ok, simpan la baik-baik paling koman pun. Antara hipotesis yang penulis boleh buat:


1. Awek ni share gambar pada balak-balak dia.

2. Kamera awek ni dirampas dan didajalkan oleh hamba Allah yang lain.

3. Awek ni memang saja suka orang tengok sebab dia bangga dengan gambar posing dia dengan babi-babi tersebut.


Jawapan yang betul, hanya awek dan Allah yang tahu.


Tapi, jikalau kita nak buat kesimpulan awal daripada semua hipotesis tersebut, root cause masalah ini boleh kita kaji.


NAMPAK SANGAT AWEK TU JUGAK YANG BODOH SEBAB DAH TAHU HARAM DAN SANGAT SENSITIF PADA MASYARAKAT, KENAPA BANGANG SANGAT SANGGUP POSING MACAM TU!


Tak kisahlah, awek tu kena dajal oleh orang lain ke, gambar kena hijack dari PC ke tapi persoalan awal dan fundamental kenapalah bangan sangat...


Apa pendapat anda? Adakah anak-anak muda sekarang memang suka mem'babi'kan diri mereka seperti mana babi yang tidak tahu malu makan tahi sendiri serta membiarkan isterinya dirawan oleh babi yang lain?


Tepuk dada dan tanya adakah anda juga mampu mem'babi'kan diri?



Penulis tidak bertanggung jawab atas segala jenis perasaan yang timbul setelah para pembaca membaca artikel ini kerana penulis telah memberi amaran di atas. Majula diri untuk agama, bangsa dan negara. Jangan jadikan diri anda mem'babi' seperti awek-awek tersebut.

Di petik daripada..

jiwamuda.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers