Rabu, 14 April 2010

Mak.. Aku mencintaimu sepenuh hatiku dan jiwa ragaku.

Ulangtahun kematian ibuku ketujuh sudahpun berlalu pada 04 April 2010 yang lepas. Namun tidak ku sangka, ibundaku yang tersayang yang bernama Allahyarhamah Urfiah telah pun pergi meninggalkanku.

Secara tiba-tiba kenangan lama mula berputar kembali. Kenapa ni Rahman? Kenapa semua kenangan ini berputar-putar kembali? Tidak lama selepas itu hatiku dan diriku menangis. Cairan hangat mula membanjiri mataku. Hatiku kembali menjadi sebak, nafasku menjadi tidak keruan. Apa yang berlaku ni? Rahman, kamu kan hero. Hero mana boleh menangis Rahman. Kamu kan kuat. Arghh.. Air mataku mengalir semakin deras. Secara tidak ku sangka, lidahku mengeluarkan ungkapan yang jarang sekali aku keluarkan "Mak, man mencintaimu sepenuh hati dan jiwa raga man."

Seketika kemudian, barulah hatiku mengerti yang diriku ini sangat merindui kasih sayang dan belaian seorang ibu. Sungguh cepat masa berlalu, sudah tujuh tahun dikau meninggalkan ku, mak. Terasa baru semalam dikau pergi. Terbayang-bayang sewaktu dirimu sedang nazak dan koma di Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari Khamis. Ku terbayangkan sewaktu itu aku hampir tidak mengenali dirimu. Ku ingat kembali saat itu diriku menangis teresak-esak seakan-akan mengetahui dirimu akan pergi meninggalkan diriku buat buat selama-lamanya. Ya Allah, aku redha akan ujianmu ini.

Dahulu diriku tidak mengerti akan makna kehilangan dan kematian seorang ibu. Kini aku seakan-akan disambar akan petir yang sangat kuat, menggetarkan dan menyakitkan jiwaku dengan kehilangan ibuku. Jiwaku meronta-ronta menagih kasih seorang ibu. Walaupun aku sudah mempunyai ibu tiri yang bernama Mak Masis, namun ia tidak setanding dengan ibu bernama Urfiah ini. Yang mengandungkan,melahirkan dan menjagaku dengan penuh kasih sayang.

Ingatanku kembali sewaktu diriku mula-mula memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia. Diriku sangat gembira kerana akulah anak pertama dalam keluargaku yang masuk ke universiti. Ini menjadikan bapak ku sangat gembira dengan kemasukan aku ke UKM. Namun, setelah berada di UKM, aku terasa sebuah kekosongan yang sangat aku tidak fahami. Kenapa ya? Nak kata di isi dengan girlfriend , aku dah ada sebelum ini. Hmm.. Kenapa ye kawan-kawan.

Satu semester sudah pun berlalu, kekosongan hati ini masih lagi menghantui diri ini. Ingatkan rindukan keluarga. Tetapi akhirnya, aku teringatkan arwah Mak. Dengan tidak semena-mena aku menangis. Inilah rupanya kekosongan jiwaku. Aku berasa sedih dan hatiku merintih. Aku berjaya masuk universiti setelah ketiadaan ibuku. Ibu mana tidak gembira anak masuk universiti. Lebih-lebih lagi anak pertama yang melangkah masuk. Aku merupakan anak keenam dari sembilan orang adik beradik. Tetapi akulah memecah tradisi keluargaku dengan masuk ke universiti.

Aku menjadi semakin hiba, Mak tak dapat melihat aku ke menara gading. Jiwaku semakin sedih dan aku menangis bersendirian. Kemudian aku menceritakan kepada seorang kawan bernama Nurul. Nurul berkata balaslah jasa arwah ibumu dengan sedeqahkan Surah Al-Fatihah kepadanya. InsyaAllah, mak kau akan lebih gembira jika anak yang sedeqahkan Al-Fatihah kepada dia setiap hari. Thanx Nurul. Sejak hari itu sehingga sekarang aku sedaya upaya menunaikan tanggungjawabku sebagai anak menyedeqahakan doa dan Surah al-Fatihah kepada ibuku.

Mak, man nak hadiahkan sebuah puisi untuk dirimu. Harap puisi ini mampu menjadikan orang lain yang membacanya menyayangi ibunya.:

Mak,
Ketika dikau mengandungkanku,
Sembilan bulan sembilan hari,
Penuh dengan kekuatan engkau harungi demi
menanti kelahiranku,
walaupun kepenatan membawa ku
di dalam perutmu,
Namun dikau tidak mengeluh.

Mak
Sewaktu dikau ingin melahirkanku,
sewaktu itu juga dikau
berperang dengan kematian,
Walaupun kesakitan yang tidak terhingga
dikau rasai,
Namun semua itu hilang ketika
diriku lahir di dunia.

Mak
Ketika usiaku tidak mencapai umur setahun,
engkau di uji oleh Allah SWT,
dengan penyakit batu karang yang
ada pada diriku,
engkau menangis apabila melihat aku kesakitan,
itulah tanda kasih sayang dirimu
pada anakmu ini.

Mak
Ketika dikau membesarkanku,
Engkau memberikanku kasih sayangmu
kepada diriku tidak terhingga banyaknya,
walaupun diriku ini degil,
walaupun aku ini banyak menimbulkan karenah,
walaupun dikau letih membesarkanku,
walaupun dirimu berjaga siang dan malam
dalam menjaga ku,
Engkau anggap ini hanyalah kemanisan
dalam membesarkanku.

Mak
ketika ku meminta dirimu
masak telur dadar untukku,
ketikaku menangis kerana menghendaki sesuatu,
ketika diriku ketakutan untuk ke tandas
ku pinta dirimu menemani ku,
Dikau tidak pernah mengeluh dalam
membesarkanku.

Mak
Pada tarikh empat april
dua ribu tiga,
dikau pergi meninggalkan ku
tanpa kasih sayang seorang ibu.

Mak
Man sayangkan mak,
sepenuh hati dan jiwa man,

Mak
Man akan belajar bersungguh-sungguh,
supaya tiada siapa berani
menghina keluarga kita.

Mak
Aku merinduimu,
Tuhan berilah kedudukan
yang mulia kepada Ibuku ini,
bersama dengan Rasulullah saw dan
golongan orang beriman di akhirat nanti,
Jadikanlah alam barzakh tempat beliau berehat,
Selepas kepenatan membesarkanku,
Ku merayu kepada Mu, Ya Allah.



*************** Abdul Rahman Ibni Usman*************
14 April 2010 (Rabu) 4.28 pagi
UKM, Bangi


10 ulasan:

  1. Syahdu, sebak, hiba, terharu sgt man. Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga man. Tak kan ada galang gantinya walau sampai bila. Akak doakan man berjaya mengharungi cabaran dan liku2 hidup ni walau tanpa mak man di sisi. Ingat mak sentiasa dan doakan untuknya ya man. Amin

    BalasPadam
  2. Salam Abd Rahman.

    Membaca bingkisan ini hati kak juga terkedu.. Mudah2an dengan doa anak yang soleh ibumu Allahyarhamah Urfiah tenang di sana, diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Setiap kita yang diberi pinjaman pasti akan diambil kembali pinjamanNya. Hanya ketabahan dan istiqamah mendoakannyalah diharapkan terubat jiwa kita.

    Kak mengalami kehilangan ibu ketika berumur 15 tahun manakala ayah pula ketika berumur setahun setengah (sejak ayah meninggal ibu sakit selama belasan tahun.. ayah pula dikebumikan di lautan Hindi semasa dlm perjalanan pulang dp Haji ). Memang pilu tetapi tentu ada hikmahnya buat kita. [... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 216)]

    Tentu Abd Rahman lebih megerti daripada kak.. insyaAllah.

    Akhirnya doa kak agar dirimu sentiasa tenang dan sentiasa mendoakan ibumu.

    Al-Fatihah daripada kak buat ibumu.

    BalasPadam
  3. Salam, kakak2 sekelian. pak aRaB nak ucapkan terima kasih bebanyak. InsyaAllah, pak aRaB akan berusaha untuk terus berjaya dan terus doa kan untuk mak senantiasa.

    BalasPadam
  4. Engkau yang aku rindu
    Engkau bertakhta di hatiku
    Segalanya hanya tinggal kenangan
    Pergi seorang insan yang amatku sayang
    Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
    Yang pasti kau takkan kembali
    Ya Tuhanku
    Tabahkanlah menghadapi
    Dugaan-Mu
    Rahmatilah...
    Oh ibu
    Seharum semerbak kasturi
    Sedingin air di kali
    Curahan kasih suci yang kau beri
    Selamatlah ibu di sana mengadap
    Allah Yang Esa
    Doaku agar engkau bahagia

    IBU....
    x dapat dinafikan kita semua menyayangi ibu kita tetapi ungkapan kasih itu jarang diungkapkan dgn kata2..hanya pabila dia sudah pergi dari sisi..barulah terasa kosong jiwaku dgn kasih sayangnya...

    al-fatihah~~~moga ibu Urfiah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yg beriman..mesti arwah ibu bangga krn mempunyai anak sebaik man..

    BalasPadam
  5. Rahman,

    mungkin ibu anda tidak dapat melihat anda ke menara gading. tapi, apa yang boleh anda lakukan kini adalah belajar dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang pernah diharapkan oleh allahyarhamah ibu anda terhadap diri anda. beri yang terbaik kepada diri! insyallah itulah hadiah yang paling manis...

    BalasPadam
  6. kenapa saya boleh menitiskan airmata bila membaca coretan ini.......

    ibu...
    ibu adalah segala-galanya...

    BalasPadam
  7. terbaek man..troskn berdoa..jgn sesekali ko lalai..doa ank yg soleh je yg die ad skarg..

    BalasPadam
  8. sob2.. sedeh.. tabahkan hati man.. slalu doakan dia d tempatkan bersama org2 yg Soleh..
    Jdikn semua 2 sbg pendorong tuk lbh maju jaya..

    BalasPadam
  9. puisi y mnyentuh hatiku...m0ga dirimu tabah dalam menempuh ujian ini...perbyakkn d0a..m0han kepadaNya..m0ga ibu tenang di alam sana..amiin ya rabb..

    BalasPadam
  10. Salam,
    Pengorbanan ibu mmg xde tolok bandinganye..ibu sanggp bkorban apa sahaja demi kbahagiaan anak2 nya..semoga ibu kita dberkati.amin

    BalasPadam

Daisypath Anniversary tickers