Ahad, 16 Mei 2010

Kerna Dia Seorang Guru


Berpanas berhujan
Meredah hutan belantara
Meredah sungai yang berliku
Tanpa rasa takut di jiwa
Tanpa rasa gusar di jiwa
Kerna dia seorang guru.

Walaupun hari ini ramai yang
menganggap guru ini ialah orang tidak bernilai,

Namun,
Kerna dia seorang guru,
Diketepikan semua itu,
Terus gigih mendidik anak bangsa,
Agar generasi akan datang tidak akan
menyalahkan mereka kerana
tidak mendidik anak bangsa.

Ajar pun salah
Tak ajar berdosa pula.

Guru,
Kata-katamu sungguh keramat,
mencurahkan ilmu kepada anak bangsamu,
seolah-olah berperang di medan perang,
tanpa menghiraukan beban,
tanpa memikirkan balasan,
tanpa meminta untuk di sanjung-sanjung.
Kerna dia seorang guru.

Tanpa guru,
manusia hidup tanpa pedoman,
manusia akan hilang arah,
manusia akan ketinggalan zaman.

Oh.. Guru-guruku,
Memang benar dikau umpama lilin,
mengajar tidak mengira agama, bangsa dan negara,
Yang kamu mahukan ialah anak didikmu
berjaya bila mereka dewasa nanti,
Kerana di situ nilainya seorang guru,
Di nilai melalui hasilnya.

16 Mei sudah tiba lagi,
Tapi bagi guru itulah hari paling
bermakna bagi mereka,
Kerana anak muridnya
tidak putus mengucapkan
terima kasih kepadanya,
Kerna dia seorang guru.

Namun,
Jika seseorang itu menjadi guru,
Sampai mati pun tetap dipanggil cikgu,
Walaupun tidak mengajar lagi,
walaupun beliau sudah mati,
Kerna dia seorang guru.

Selamat hari Guru..


pak aRaB
16 Mei 2010 (AhaD)
10.43 Malam


Daisypath Anniversary tickers