Isnin, 7 September 2009

kepada anak dara dan anak teruna yang xtaw wat kueh...

Resipi Kueh Ketayap...

Bahan2 nyer..

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 helai daun pandai
1/2 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka
sedikit garam...

cara2 nye..
Kulit kueh ketayap

Tumbuk daun pandan sampai lumat
pada masa yang sama masukkan sedikit air
Kemudian, ramas daun yang di tumbuk lumat
tapis dan ambil air daun pandan.

Kemudian amik air perahan daun ke dalam bekas yang berisi tepung
serta santan dan sedikit garam
masukkan air (jgn terlalu banyak)
dan gaul sehingga sebati menjadi cecair
kemudian panaskan kuali
setelah panas, amik cairan tepung tadi dan ratakan ke atas permukaan kuali
sehingga masak
buat sehigga habis cairan.

Inti..

masak gula melaka di dalam periuk,
tuang 1 cawan air, kemudian letakkan 1 helai daun pandan..
Panaska sampai gula menjadi cair
kemudian masukkan kelapa parut kedalam periuk dan gaul seketika
kemudian masukkan sedikit garam, kacau kembali sehigga sebati
kemudian masukkan sedikit cairan tepung gandum
kacau sampai gula dan tepung betul-betul sebati dan kering.. (pandai-pandailah korang)

Kemudian

ambil kulit yang sudah siap di masak
letakkan inti ke atas kulit dalam kueh
gulung kulit bersama inti secara kemas supaya x bersepah atau bertabura ketika makan..


kalu korang nak banyak tambahkanlah bahan.. kaedah tetap sama
n pasal gula tu kalu korang nak manis atau tak terpulanglah pada korang..

Selamat mencuba dan memasak...