Ahad, 5 April 2009

Hak OKU: apakah kita menolak atau membantu??





Merujuk pada artikel yang dipetik Berita Harian Online bertarikh Khamis, 12 Mac 2009 bersamaan15 Rabiulawal 1430 yang bertajuk “Persatuan minta bantuan Terengganu tak had kemudahan OKU”. Artikel ini secara dasarnya meminta sumbangan kepada kanak-kanak OKU. Artikel ini juga menggambarkan bahawa golongan OKU berasa kecewa dengan sikap masyarakat yang bersikap kebajikan iaitu bahawa OKU perlu bergantungan dan bukannya berusaha sendiri.

Jika hendak di ulas tentang artikel ini, sungguh banyak. Namun saya hanya ulah sebahagian sahaja. Walaupun artikel surat kabar ini hanya sedikait sahaja namu isinya tidak menggambarkan bilangan perkataannya. Ini digambarkan bahawa luahan hati daripada Persatuan Penggunaan Standard Malaysia. Persatuan ini juga pernah bekerja dengan Persatuan Pengguna Satandard Jepun. Pengalaman mereka diJepun ini menerangkan bahawa kehidupan OKU di Malaysia agak mundur berbanding dengan Negara-negara maju yang lain. Di antara yang digambarkan di Jepun, golongan OKU tua di sana dapat berdikari untuk meneruskan kehidupan tanpa memerlukan bantuan secara berterusan oleh masyarakat sekeliling.

Namun terbalik di Malaysia, golongan OKU di negara kita kerap kali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada derma dan kebajikan serta menjadi subjek kebajikan sepanjang hidup mereka. Mungkin di sekeliling kita, seringkali melihat ada golongan OKU yang menjual tisu serta mengharap belas kasihan orang di kedai-kedai makan di kawasan Lembah Kelang. Namun ini seringkali menjadi ikon kepada kebanyakan masyarakat di Malaysia, iaitu OKU hanya mampu menjdi peminta sedekah dan bukannya memerah empat kerat tulang mereka. Inilah yang di katakan minda kelas ketiga walaupun kemudahan kelas “PERTAMA”.

Berbalik kepada kemudahan, tidak dinafikan bahawasanya Malaysia menjadi tempat tarikan pelancong kerana idea Mantan Perdana Menter Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad membina bangunan KLCC dan Menara Kuala Lumpur sehingga kini dibangga-banggakan. Cuba kita renung kembali, berapa banyak bangunan besar, pasaraya-pasaraya, bangunan firma-firma kerajaan dan swasta. Adakah semua bangunan di atas boleh menepati cita rasa OKU ataupun berapa banyak yang boleh dikatakan mesra pengguna OKU? Ini satu persoalan yang pendek namun sangat bermakna bagi OKU.

Kebanyakan bangunan awam walaupun harus mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan tetapi tidak mesra OKU. Mengikut kanun 34A, UBBL, pembinaan bangunan haruslah mengikut standard Malaysia, tetapi ia tidak dipatuhi.

Sesetengah bangunan mempunyai reka bentuk untuk OKU tetapi tidak berfungsi. Sebagai contoh, landasan untuk kerusi roda terlalu curam dan boleh membahayakan OKU yang menggunakan kerusi roda dan tulisan Braille pada butang lif yang tidak mempunyai bantuan pendengaran untuk menunjukkan tingkat. Ini adalah sebahagian perenggan yang di utarakan oleh penulis tentang keadaan bangunan di Malaysia. Sedihkan melihat keadaan OKU begini?


----azRoy RahMan Al-Baweani---

3.41am



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers