Rabu, 14 April 2010

Aku seorang hamba.

Sudah lama tidak menaip di blog ku ini. Terasa macam kekurangan sesuatu di dalam diriku. Peperiksaan sudah pun bermula. Tapi jika dilihat persediaanku. Sungguh sedih sekali. Assigment masih ade yang tidak siap lagi bagaimana ye. Memang pegangan hidupku, pandang ke hadapan Rahman. Jadikan kenangan semalam sebagai pengajaran.

Aku tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini aku selalu mengenangkan kematian. Di pagi yang indah ini tiba-tiba teringin nak buka blog kesayanganku ini. Apabila dibuka aku menjadi terkedu. Hit dalam blog aku ini mencecah 209671, sebelum ini nak cecah 2000 ke atas sangatlah susah. Pada masa yang sama, kawan-kawan yang add aku sebagai kawan mencecah 43 orang. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog diri ini yang serba kekurangan.

Sejak kebelakangan ini, diriku berasa kekosongan, ingin mencari-cari bahan bacaan yang lain. Sehinggalah daku berjumpa satu artikel di pautan sahabatku yang bertajuk ALHAMDULILLAH ANA SUDAH BERTUNANG..dengan siapa?????? , hampir menangis diriku mebacanya. (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000273330674#!/profile.php?v=app_2347471856&id=100000273330674). Kepada yang berminat boleh mebacanya.

Selepas artikel itu aku baca, barulah aku sedar, bahawa aku adalah seorang hamba. Yang penghujungnya akan pergi menemui Ilahi. Baru aku sedar aku ini sudahpun di risik oleh malaikat maut. Kini aku sudah pun bertunang dengannya. Cuma nikahnya (kematian) sahaja belum ku tahu. Ya Allah, alangkah kerdilnya aku ini. Adakah aku sudah bersedia?

Masa pun berlalu pergi, hari berganti hari. Semakin hari semakin ku tertarik mencari artikel tentang kematian, sehinggalah aku berjumpa dengan satu tajuk buku yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Kubur , nampak menakutkan. Namun ku yakinkan diriku, ku belek-belek helai per helai. Aduh... Rintihan hati kecilku, alangkah ruginya aku. Adakah malam pertamaku nanti penuh nikmat atau penyiksaan? Tidak ku sangka pipiku berasa bahang dek kerana air mata bercucuran. Apakah makna semua ini? Kenapa aku menangis?






1 ulasan:

  1. salam..
    memang aritu abg ada post kat YM psl ulang tahun kematian mak abg. tak sangka rupanya dah 7 tahun mak abg pergi.. pastu biler baca blog abg nih, mmg menyentuh hati laa, sbb mak abg x sempat tgk abg masuk U. tp jgn sedey, skrg abg ada mak tiri, so amek la segala kasih sayang yg ada dari dia, insyaAllah hampir sama walaupun x serupa dgn mak kandung abg.

    AL FATIHAH BUAT PN. URFIAH

    p/s : al fatihah juga buat ibunda Komarul arifin

    pasal tunang tu pulak, kita semua manusia biasa yang tak tahu biler masa jodoh (maut) kita akan sampai. apa yg boleh saya katakan ialah, jgn bersedey mengingati mati, sekadar menginsafi diri bahawa kita ini masih belum cukup amalan. so teruskankan perjuangan jihad anda.

    p/s : Tiap-tiap orang berhasrat untuk hidup lama, tetapi tiada seorang pun yang bersedia
    hendak tua. - MUSTAFFA KAMAL ATATURK.............. so siapkan diri anda dengan segala ilmu unutk menghadapi hari2 yg mendatang dan bekalan di akhirat nnti. INSYAALLAH

    mubaraq_algojo@yahoo.com

    BalasPadam

Daisypath Anniversary tickers