Isnin, 14 Disember 2009

Keluargaku



Jauh di lubuk hatiku,
ada perasaan sedih,
sedih kerana berjauhan dengan keluargaku,
kakak, mak, abang, dan ayah,
ku tak dapat menahan rasa sedih dan pilu.

Begitu jauhku pergi meninggalkan mereka,
ku berharap masa berlalu dengan pantasnya
untuk berjumpa dengan mereka,
ingin sajaku menangis setiap masa,
tapi ku harus kuat untuk menghadapinya.

Tidak dapat berjumpa dengan mereka,
tapi mendengar suara mereka sudah cukup bagiku,
ku ingin menghubungi mereka setiap masa,
untuk melepaskan rinduku terhadap mereka,
tolonglah Tuhan, makbulkan doaku.

Ayah,mak,kakak, dan mira,
ku rindu kamu,

Zila, Boy, Eja,
ku rindu juga kamu.

Nazatul Azalia, 11 Tahun (Sabah)
(Penulisan dan Imiginasi 3)
PERMATApintar UKM

*Hak cipta terpelihara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers