Rabu, 16 Disember 2009

DEDAUN HATI


Dedaun yang berguguran,
Umpama diriku yang
kehilangan kebahagiaan,
Meniti titian kesedihan,
Untuk mencari kegembiraan.

Satu persatu daun berguguran,
Satu persatu diriku hilang,
Seolah-olah kehilangan jiwa, hati dan perasaan.

Dipertengahan titian,
Diriku tidak tertahan,
Namun ku teruskan perjuangan,
Demi mencapai kebahagiaan.

Dedaun kegembiraan muncul
di penghujung titian kesedihan,
Menanti diriku yang masih bertahan
agar diberikan sinaran.

Nukilan oleh;

Ain Balqis Bt. Sulaiman
Penulisan dan Imiginasi 4,
PERMATApintar UKM 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers