Isnin, 2 November 2009

Jangan Bersedih, Kerana Sesungguhnya Masa Itu Bersilih Ganti


Terdengar suara-suara bunyi kipas angin berpusing-pusing, disamping kedengaran suara bunyi cengkerik-cengkerik di luar bilikku. Sudah beberapa hari hujan pada waktu petang dan malam. Mungkin inilah dikatakan rahmat Allah SWT kepada hamba-hambaNYA.

Jam dilaptopku telah menunjukkan jam 2.38 pagi bersamaan hari Isnin. Hari yang sama seperti saat diriku dilahirkan di atas bumi Allah SWT. Walaupun berasa penat kerana banyak berjalan dan meredah hujan pada sebelah petang, kemudian disambung pula dengan discussion group untuk exam pada petang nanti.

Walaupun dikatakan sudah lewat pagi dan keletihan. Hatiku seolah-olah ingin membaca sesuatu ; mungkin juga lama juga aku tidak membaca kitab La Tahzan agaknya. Ku ambil kitab berwarna kuning ini dan ku belek dan terbukalah muka surat 447 yang bertajuk 229. Jangan Bersedih, Kerana Sesungguhnya Masa Itu bersilih Ganti.

Ohho, terlupa pula kepada kawan-kawan pula. Hehehe... Maaplah, terlupa pula pada korang semua, yang ARaB kena berkongsi dengan korang semua.

229. Jangan Bersedih, Kerana Sesungguhnya Masa Itu Bersilih Ganti

Abdullah bin Az-Zubair memenjarakan Muhammad Bin Al-Hanafiyah di penjara 'Arim di Mekah. Maka berkatalah Kutsastsir 'Azzah:

Keindahan dunia ini
tidaklah kekal bagi pemiliknya
dan kesulitan yang ada padanya
bukanlah merupakan harga mati.
Masing-masing dari keduanya
mempunyai masanya sendiri
yang pasti akan berlaku
dan semua yang ku alami
terasa seperti mimpi di siang hari.

Beberapa abad kemudian saya renungkan syair itu, dan ternyata Ibnu Zubair, Ibnul Hanafiyah, dan penjara 'Arim tidak lebih dari sebuah mimpi.

..... adakah kamu melihat seorangpun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar. (Maryam: 98)

Kedua-duanya telah tiada: yang menzalimi dan dizalimi, yang memenjarakan dan yang dipenjarakan, semuanya telah mati.

Setiap orang yang melukai seseorang akan memiliki hari yang penuh luka.
Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka.

Dalam sebuah hadith disebutkan:

Senua hak(kelak pada hari kiamat) pasti akan ditunaikan kepada yang berhak menerimanya, sehingga kambing yang tidak bertanduk pun dapat menuntut balas (perlakuan kejam) kambing yang bertanduk.

Berkata seorang penyair:

Anggaplah dirimu, hai orang yang terpedaya
berada pada hari kiamat
saat langit bergolak dengan dasyatnya
Orang yang tidak berdosa pun ketakutan
terhadap kengeriannya
maka terlebih lagi dengan keadaan orang
yang bergelumang dosa sepanjang usianya.

*****************************************************************************
Aku hanya insan biasa
tidak mampuku mengubah masa depan
hanya berserah kepada Tuhan
kerana itulah yang lebih baik yang ku harapkan.
(ARaB, 2009)




3 ulasan:

  1. Salam Arab,

    Diriwayatkan pembalasan terhadap haiwan setimpal dgn keganasan mereka thdp haiwan yg lain.. jika ditanduk hingga tercedera maka ia dibalas sedemikian di hadapan Allah pd hari akhirat.. setelah selesai balas membalas antara haiwan terbabit, seluruh haiwan itu dihapuskan oleh Allah bertukar menjadi tanah..

    Setelah melihat kejadian itu org2 kafir berkata alangkah baiknya jika aku juga menjadi tanah!

    Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan). / (An-Naba' [78] : 40)

    Bertawakkallah kpd Allah setelah berusaha!
    Mudah2an kita diberikan kekuatan menghadapi sgl cabaran.

    BalasPadam
  2. mekasih nasihat itu werdah, PAk ARaB akan jadikan sebagai pedoman. InsyaAllah

    BalasPadam
  3. kadang-kadang, kita x sedar, masa kita sedih, sebenarnya Allah nak kita berada dekat denganNya,mengadu kpdNya.. Allah rindu nak dengar rintihan hamba2Nya..sedih tu x salah..normal bagi manusia yg dkurniakan perasaan utk berasa sedih.. cuma jgn lah bsedih mlampau-lampau hingga rasa bputus asa dengan rahmat Allah..sesungguhnya rahmat Allah itu luas.. pringatan utk diriku jua..

    BalasPadam

Daisypath Anniversary tickers