Khamis, 29 Oktober 2009

La Tahzan - Perhatikan keindahan Alam


Sejuk rasanya malam Jumaat ni, di iringi muzik hujan turun membasahi bumi. Jam di laptop ku menunujukkan jam 9.25pm. Indahnya malam ini bagi diriku. Jarang sekali diriku menikmati pemandangan dan saat hujan turun serupa ini.

Hujan ini memberikan ketenangan kepada sesiapa yang mahukan ketenangan daripadanya. Waktu Isyak sedang berlalu, sudahku menunaikan kewajipanku. Namun selepas itu, ku ambil buku La Tahzan karangan Dr. 'Aidh. Ku membelek-belek, sehingga sampai ke muka surat 506. Ku baca satu tajuk yang ada di situ. Seperti biasalah, ilhamku untuk berkongsi sangat menebal-nebal.

Jangan risau kerana sharing is caring, tajuknya ialah 246. Perhatikan Keindahan Alam. Sesuai dengan tema pada malam ini.

246. Perhatikanlah Keindahan Alam

Salah satu dari sekian banyak jalan menuju kedamaian dan kebebasan berfikir adalah melihat bukti-bukti kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan langit dan bumi. Anda pun akan merasa senang dengan berbagai pemandangan yang bertaburan memenuhi hasil ciptaan Yang Maha Pencipta, pada bunga-bunga, pohon-pohon, sungai-sungai, hutan belukar, lereng-lereng bukit, bumi dan langit, siang dan malam , matahari dan bulan. Saat itulah anda kan mendapatkan kenikmatan dan kesejukan yang kan menambahkan keimanan, kepasrahan, dan ketundukan anda pada Pencipta Yang Agung ini.

..... maka ambillah pelajaran(dari kejadian itu), wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. (Al-Hasyr:2)

Salah seorang ahli falsafah yang telah memeluk Islam berkata: "Jika aku meragukan kekuasaan Allah, maka aku akan menunjukkan pandanganku ke arah alam semesta untuk melihat berbagai mukjizat dan keindahanciptaan yang ada padanya agar imanku bertambah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers