Ahad, 25 Oktober 2009

La Tahzan : Renungkanlah dan Bersyukur



Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Sudah sekian lama diriku tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Alangkah rginya diriku ini. Namun di pagi ini selepas waktu subuh tanggal 25 Oktober tercetus bagiku untuk menulis di blog ini.

Sudah lama diriku membaca buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karangan Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Buku yang sungguh indah penulisannya dan sangat menusuk kalbu dan emosi. Setakat hari ini, selain daripada Kitab Al-Quran Kalamullah. Inilah buku yang sangat menarik minatku untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang isi kandungan buku ini.

Aduh.. Nampaknya diriku terpaksa mengcopypastekan penulisan ini... Namun caring is sharing, dan benda yang baik harus dikongsikan. Moga Allah SWT merahmati penulis buku La Tahzan ini dan memberikan ganjaran pahala kepada beliau..

La Tahzan

1. Merenunglah dan Bersyukur

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada diri anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut sehingga ke kedua tapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara, dan air, serta masih banyak lagi lainnya nikmat yang diberikan Allah SWT kepada anda.

Firman Allah yang bermaksud;

..... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..... (Ibrahim: 34)

Demikian besarnya nikmat Allah SWT yang elah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah SWT untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

..... Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin ..... (Luqman: 20)

Anda telah diberikan sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan, dua kaki.

..... Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar- Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua-dua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak lagi manusia lain yang tidak mempunyai kaki ? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua- dua betis merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak lagi manusia lain yang kehilangan kedua-dua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak yang lain tidak dapat minum dan makan hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian(pekak); penglihatan anda terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah SWT telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda mahu menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda senilai perak satu bukit? Apakah anda mahu menukar kedua-dua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung? Adakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu?

Anda sebenarnya telah menikmati kenikmatan yang tiada tolok bandingnya dan kesempurnaan tubuh badan, namun sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan lena, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri aya yang ada di depan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan harta, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memerhatikannya? (Adz-Dzariyyat: 21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah SWT, tetapi mereka memungkirinya ..... (An-Nahl: 83)



2 ulasan:

  1. alhamdulillah terima kasih ustaz arab atas peringatan ini

    BalasPadam
  2. sama2.. bukan ustaz lah, man hanyalah seorang hamba yang meyampaikan apa yang perlu disampaikan..

    BalasPadam

Daisypath Anniversary tickers