Isnin, 26 Oktober 2009

La Tahzan - Ya Allah

Kenapalah malam ini hatiku memanggil-manggil diriku untuk membuka penulisan di blogku ini. Aduhh.. Seolah-olah memanggil diriku untuk membuat sedikit coretan pada blog ini agaknya..

Jam di laptop pun telah menunjukkan jam 9.37 malam; walaupun diriku bakal menjawab peperiksaan pada esok pagi. Macam mana ni? Pikiran dan pandangan diriku bergerak seiringan sehinggalah mataku berjumpa dengan sesuatu.

Mataku pun telah memandang sebuah buku yang berwarna kuning, buku yang membuat diriku berasa sangat hina di sisi Allah SWT, Tuhan Yang Esa, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Di iringi juga dengan lagu nyanyian Hijaz iaitu lagu Rindu, Rintihan dan Aku Hanya Umar menjadikan diriku semakin bersemangat untuk membuka buku yang berwarna kuning ini.

Apa yang membuatku tertarik dengan buku ini?
Apakah tajuknya?

Setelah ku lihat buku ini, terlihatlah nama buku yang menjadikan diriku ingin berkongsi dengan kawan-kawan sekalian. Tajuknya cukup ringkas iaitu La Tahzan (Jangan Bersedih).

Setelah ku belek-belek buku ini terlihat satu tajuk yang cukup menarik iaitu Ya Allah. Inginku membacanya, namun inginku berkongsi dengan kalian ilmu yang tercoret di dalam buku ini. Bak kata pepatah ilmu jika dikongsi akan menjadikan ilmu kita bertambah dan sharing is caring.

Ya Allah (m/s : 1-3)

Firman Allah SWT di dalam suruh Ar-Rahman, ayat 29 bermaksud :
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu
Dia berada dalam aktivitiNya.

Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal berteriak: " Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat di tegah padang pasir; kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para khalifah berasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru: "Ya Allah!"

Apabila berlakunya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut "Ya Allah!"

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru: "Ya Allah!"

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah-olah tertekan leh bebanan hidup yang harus dipikul, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Telah ku khabarkan kepadaMU
segala hal seperti cercaan.Italic
Pekat dan wajah waktu lebi gelap berdebu.
Lalu ku panggil namaMu
di waktu Subuh menanti
dan setiap fajar menyingsing
selalu terdengar namaMu terucap.

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan, dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua tapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya, dan tatapan mata hamba yang penuh dengan harapan, dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hati akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya ..... (As-Syu'ra':19)
Allah: Sebaik-baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus, dan kata yang paling bernilai.

..... apakah kamu mengetahui ada sesuatu yang setara dengan Dia? (Maryam: 65)

Allah: BagiNya segala kekayaan dan keabdian, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan.

.....Milik siapakah kekuasaan pada hari ini? (Kekuasaan) hanyalah milik Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa (Ghafir: 16)

Allah: BagiNya kebijaksanaan, pertolongan, keringanan, bantuan, cinta dan kebaikan.

Apapun nikmat yang kalian terima, semuanya berasal dari Allah ..... (An-Nahl: 53)

Allah: Sang Pemilik segala keagungan, kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun ku lukiskan keagunganMu
dalam goresan
sebagai tanda kesucian yang mempererat jiwa
Engkaulah tetap Yang Teragung
dan tempat segala yang bermakna.
Ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
segalanya terasa lapang.

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkanlah gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkanlah gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikanlah rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, yang nyata.

Ya Allah, lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkanlah segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskanlah segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Ya Allah, hindarkanlah kami dari segala kesedihan; hilangkanlah kesengsaraan; dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakkal, hanya kepadaMu. Kami berlindung dari kepasrahan, kecuali hanya pasrah kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik Penolong.

*************************************************************************************
Kata-kata penulis buku La Tahzan tentang buku penulisan beliau.
Buku ini diperuntukkan bagi setiap orang yang ingin hidup dalam kebahagiaan.
('Aidh Al-Qarni)

*************************************************************************************
Pedoman dari penulis:

Ilmu itu hak Allah SWT, sampaikanlah ilmu itu sekiranya ia memberi manfaat kepada semua.
(ARaB, 2009)

# ARaB = Abdul Rahman al-BAweani

*************************************************************************************



3 ulasan:

  1. salam ...alhamdulillah post yang menarik...syukran wahai pejuang Allah jangan tak ajak ana lagi...

    BalasPadam
  2. hmmm..kadang2 kita selalu lalai dgn hidup ni..i'm nOt saying abOut anybOdy..just 2 remind me n myself..4 u man, keep up this gOod jOb..tibe2 rs lama je x bc benda2 mcm ni..huhu..lalai2..

    BalasPadam
  3. la tahzan...!!!
    kerana di sebalik kesedihan itu adalah ujian...
    la tahzan...!!!
    kerana di sebalik kesedihan itu ada hikmah yang disembunyikan..,
    la tahzan...!!!
    kerana di sebalik kesedihan itu adanya pertolongan Tuhan...
    la tahzan...!!!
    kerana di sebalik kesedihan itu akan muncul suatu kemenangan...
    la tahzan...!!!
    kerana di sebalik kesedihan itu kita akan mula memahami hidup rasa bertuhan...
    la tahzan...!!!
    kerana di sebalik kesedihan itu pasti akan muncul kegembiraan...
    la tahzan...!!!
    kerana setiap insan yang mengaku beriman itu tidak akan dibiarkan tanpa ujian...
    kerana itu adalah tandanya bahawa kita...
    adalah orang yang beriman....

    BalasPadam

Daisypath Anniversary tickers