Rabu, 3 Jun 2009

Tangisan Saidina Umar Abdul Aziz

Pada satu malam, Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz rah duduk setelah menunaikan beberapa rokaat solat malamnya. Sambil kedua-dua telapak tangannya diletakan ke dahinya beliau menangis dengan esakan yang kuat diiringi dengan airmatanya membasahi pipi dan janggutnya.Isterinya Fatimah berkata tiadalah sesaorang yang lebih takut kepada Allah swt selain suamiku. Esakan dan tangisannya seolah-olah dadanya telah terbelah. Tangisan itu berterusan sehinggalah ke Suboh. Keesokannya pula beliau akan berpuasa sepanjang-panjang hari.
Isterinya Fatimah datang mendekatinya dan bertanya dengan suara yang lembut: “ Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau menangis kerana sesuatu dosa yang terjadi sebelumnya.” Umar bin Abdul Aziz rah menjawab, “ Ya , benar, biarkanlah aku bersendirian dengan keadaan begini wahai isteriku.”. Fatimah berkata lagi, “ Tapi wahai Amirul Mukmini ceritakanlah sedikit kepadaku.” Umar bin Abdul Azizi berkata, “ Baiklah akan aku ceritakan kepada kamu: Sesungguhnya aku melihat pada diriku bahawa aku telah diamanahkan sesuatu tangguhjawab yang sangat besar. Aku dimanahkan untuk mentadbir umat ini samada anak-anak kecil, orang dewasa, juga yang berkulit hitam maupun yang berkulit kemerah-merahan. Setiap orang-orang gila yang hilang dari rumah kediamannya juga aku bertanggungjawab ka atasnya. Fakir miskin yang hidup melarat juga menjadi tanggung jawab aku untuk menguruskannya. Setiap tawanan perang yang hilang dari tahanan juga terpikul ke atas aku. Tangisan dan keluh kesah mereka-mereka yang sengsara di seluroh negeri , daerah dan kampong adalah amanah ke atasku untuk meyelesaikannya.” “Aku tersangat mengetahui bahawa satu-satunya jalan keluar buat mereka adalah bilamana di dalam diri-diri mereka ada Allah dan Rasulnya.” Maka tersangat aku takut apabila Allah swt bertanya kepadaku namun pada ketika itu tidak ada satu dalih dan alasan pun untuk aku kemukakan kepada Allah atas semua amanah dan tanggung jawab ini. Juga aku malu kepada Rasulullah bilamana aku ditanyai dengan amanah dan tanggungjawab ini. Ketakutan inilah yang menyebabkan aku menangis sepanjang malam dan kehausan di siang hari. Setiap kali aku mengingati persoalan ini setiap kali itulah ketakutan mneyelubungi diriku .”Akhirnya beliau menambah,“ Sekarang aku telah memberitahu kepada kamu semua ini dan jadikanlah ianya pengajaran dan tinggalkanlah aku sendirian.” Beliau terus menangis sehinggalah kedengaran Azan Suboh.
Targhib Dari Kisah Di Atas
Saban hari kita akan melihat berbagai berita dipaparkan di media cetak maupun media eletronik bagaimana starategi dan perancangan untuk menjawat jawatan kepimpinan, kekuasaan, pemerintahan dan sebagainya tanpa rasa takut dan gentar. Rusohan di Thailand, Strategi gabungan parti-parti selepas Pemilu di Indonesia, keluar dewan di Terengganu, lompat melompat di Perak. Ini semua mengambarkan ketiadaan perasaan takut pada persoalan amanah dan tanggungjawab jawatan kepimpinan.
Abu Zhar Al-Ghifari ra berkata:“ Aku bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mahu melantik aku menjadi pemimpin?” Rasulullah menepuk bahu aku dan bersabda, “Wahai Abu Zhar!, engkau lemah dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah suatu amanah (yang ada kaitannya dengan hak-hak manusia), dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu (akan mendatangkan) kehinaan dan penyesalan (pada hari kiamat), kecuali orang yang memegangnya dengan (menyempurnakan) haknya serta menunaikan apa yang menjadi kewajipanya di dalam hal jawatannya itu.” ( Muslim : 4719 )
Manakala Abd.Rahman bin Samurah ra berkata bahawa Rasulullah saw pernah berkata kepadanya selaku memberi nasihat dengan katanya :“Hai Abd.Rahman bin Samurah! Janganlah engkau meminta jawatan kepimpinan, kerana kalau kamu diberi jawatan tersebut atas permitaanmu, maka kamu akan dibiarkan (tidak diberi petunjuk atau bantuan oleh Allah swt), sebaliknya jika kamu diberi bukan atas permintaanmu, maka kamu akan dibantu ( diberi petunjuk dan bantuan dari Allah swt).” ( Bukhari : 6622 )
Selagi ketiadaan pemimpin yang hampir mirip seperti Umar bin Abdul Aziz rah selama itulah kita akan melihat perubutan demi perebutan, rusohan demi rusohan serta ketiadaan keadilan di dalam mana-mana pun pemerintahan. Selogannya cantik namun amalannya ‘Hampeh’.
“Na’uzubillah somma na’uzubillah.
Di petik daripada:
* Kenapa saya mengambil artikel ini????
kalu kita perhatikan bagaimana perbezaan manusia yang memerinta di sesebuah negara, negeri, masyarakat dan keluarga zaman ini dengan zaman Rasulullah dan Zaman Umar Abdul Aziz..
* Jadikanlah Ini sebagai panduan bukan sebgai bacaan semata2. Ingat pemimpin yang baik ialah pemimpin yang beriman, berilmu dan tawaduk serta zuhud. Cintakan keredhaan Allah SWT melebihi dirinya dan yg berada di sekelilingnya,
* Ingatlah Al-Quran itu asas kepada Islam dan Sunnah Rasulullah sbagai pelengkap Islamnya.
”p/s: Yang tersinggung dipohon maaf



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers