Rabu, 27 Mei 2009

ibu... ku sayang padamu..

Ibu,
dikau seorang wanita,
seorang wanita yang dilihat sebagai lemah,
tetapi memiliki jiwa yang tabah,
Sanggup dikau bersusah-payah,
mengeluarkan peluh,
memerah keringat,
namun untuk siapa?
sudah tentulah untuk suamimu, anak-anakmu.

Ibu,
Perjuanganmu kini makin dipandang sepi,
oleh anak yang tidak mengetahui,
kerna dia mengutamakan yang lain,
siapakah yang anak mu sanjungi,
artis, pemimpin politik, makwe, pakwe????

Ibu,
Dikau lah wanita yang di angkat darjat oleh AlLah SWT,
Kerana syurga anak terletak di bawah tapak kakimu,
Lihat betapa Islam memandang tinggi seorang wanita,
kerana wanita itu seorang ibu,
yang melahirkan anak,
penerus warisan.

Ibu,
Jadilah wanita yang mentaati perintah Allah SWT,
kerana ia lebih penting dari suami dan anakmu,
Dikau lah penghiburku di waktu susah,
penjagaku diwaktu resah gelisah,
menyuapkan ku jikalau ku sakit,
berjaga malam untuk ku,
ketika ku masih bayi,
ketika ku sakit,
ketika aku.....
memerlukanmu.

SELAMAT HARI IBU..
MOGA ALLAH SWT MERAHMATI KAMU DAN MEREDHAI AMALANMU

RAHMAN - 1.07 PM
27 MEI 2009




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers