Rabu, 25 November 2009

Sepi



Hidup yang indah menjadi sepi,
Umpama gua tanpa sinaran mentari,
gelap gelita.....

Namun,
hidup mesti diteruskan jua,
walaupun pedih dan kesedihan bermain-main di jiwa yang penuh luka,
menghiris-hiris jiwa yang mengenangkan
keindahan semalam yang berlalu pergi meninggalkanku..

Oh....

Wahai sang kebahagiaan,
datanglah bersama dikau kepadaku,
diri yang merinduimu,
diri yang dahagakan dirimu,
diri yang mahukan dirimu kembali.

Aduhh...
Indahnya kenangan semalam,
hingga menjadikanku semakin kelam
di tenggelami kesunyian..

Apakah ini suratan
kepada diriku
atau mimpi yang menghantui diriku?

Sungguh indah cahaya kebahagiaan,
kerana menerangi insan yang berasa sepi..

Namun diriku masih berada dipadang pasir kesepian
yang kehausan dan keseorangan
yang mengharapkan air kebahagiaan
daripada seseorang yang mampu memberi..

Abdul Rahman al-Baweani (ARaB),
Nov, 2009

3 ulasan:

  1. Salam Arab,

    Mudah2an gelap akhirnya disinari terang.. sabarlah menanti dalam usaha..

    BalasPadam
  2. Salam Pak Arab. Ceritalah apa yang berlaku di sebalik puisi ini. Teruja sangat nak tahu!

    BalasPadam
  3. puisi ini menggambarkan kehidupan seseorang yang kesepian yang mengharapkan sesuatu kebahagiaan kembali kepadanya..

    BalasPadam