Sabtu, 13 Februari 2010

Lagu Pengantin Untuk Semua




Pernikahan? Adakah satu yang menyusahkan...

Hari semakin hari, nilai no umur semakin bertambah, kematian semakin menghampiri, namun hidup ini ku lalui seperti hari-hari biasa. Umurku sudah berkurang, namun masih belum beristeri..

Adakah aku ini sibuk memikirkan pernikahan? Rahman, belajar dulu. Kerja nanti kumpul duit, baru fikirkan tentang pernikahan.

Ada juga yang berkata., Buat apa nak nikah awal-awal Rahman. Muda lagi kan, enjoy lah dulu.. Alah Man, sebelum kahwin carilah calon banyak, kemudian pilihlah seseorang nyang sesuai. Maknanya diri ini kena ber'couple' yang secara terang-terang menuju kemungkaran baru berbuat ibadah(pernikahan).

Begitu mudah dan senangnya seseorang menyuruh kita ke lembah maksiat yang menghampiri zina. Sejauh mana tahan iman seseorang, jika setiap hari berjumpa. Alah, Man sekali sekala ja. Baguslah lepas tu banyak kali buat mendapat kemurkaan Allah SWT.

Ada yang bilang (alamak, versi Indonesia nampak), aku nak nikah, Man. Tapi mak bapak aku tak bagi sebab suruh kumpul duit dulu. Ada lagi yang berkata, Man aku nak nikah tapi mak awek aku mintak hantaran tinggi. Mana nak cekau (ambil) duit. Inilah realiti semasa. Anak yang mahu menikah tetapi pada masa yang sama ibu bapa jadi penghalangnya secara tidak langsung.

Agaknya, ibu bapa rela anak mereka menghampiri zina (bercouple) dari beribadah(nikah) kepada Allah SWT. Namun jika anak sudah terlanjur, cepat-cepat di nikahkan. Takut malu keluarga. Inilah budaya orang Melayu. Malu ditakuti namun dosa ditolak tepi.

“Sesungguhnya kepala (seorang laki-laki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.

[Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi]


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih Menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya”.

(Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).


Dua hadith di atas ini secara terang-terangan menolak maksiat (bercouple) dan menggalakkan pernikahan. Man, kalu orang tua aku berfikir macam kamu kan senang. Jadi kepada pembaca sedarlah kepada mana-mana ibu bapa yang membaca blog saya ini supaya renung akan tindakan yang bakal mereka buat jika mahu menikahkan anak mereka.

Namun adakah pernikahan itu satu yang menyusahkan; Man, nanti dah nikah tak dapatlah keluar minum kat kedai mamak, pergi uptown dan downtown (bazar lewat malam) . Apa yang susahnya, bawaklah isteri kamu sekali. Bukannya kamu nak pergi mengorat gadis-gadis. Man akan keluar dengan kawan kena bawa isteri, tak syoklah. Jawapannya mudah saja, adakah sesuatu yang memalukan jika membawa isteri bersama keluar minum dengan kawan-kawan? Ataupun anda tidak bangga dengan isteri anda. Kalau saya, saya bangga dengan isteri saya. Sebab susah nak dapat sebelum nikah. Jadi benda(isteri) yang berharga dan tidak ternilai ini harus kita banggakan.

Man, ko cakap macam ni, macam dah bernikah ja. Aku pun menjawab; heheh, belum lagi namun hatiku ini tetap mahu bernikah. Kerana ku tahu akan Allah SWT sudah menetapkan rezki bagi orang yang mendirikan masjid(nikah). Kita kena yakinlah. Nama je percaya akan Allah SWT, namun keyakinan kepada Allah SWT itu jujurkah (dengan beranggapan tiada duit beribu tidak boleh bernikah). Apa jenis hamba Allah kita ini. Tidak percaya kepada Tuhan sendiri.

Mari kita tengok hukum kedudukan orang yang mahu bernikah.

  1. Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar (mas kahwin/dower) dan mampu nafkah kepada bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari menunaikan ibadah haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  2. Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  3. Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  4. Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
  5. Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Jika diperhatikan, wajib seseorang itu bernikah jika dia takut terjebak kepada kemaksiatan dan mampu membayar mahar (mas kahwin) bukannya WANG HANTARAN. Ini tidak, wang hantaran di dahulukan dan yang wajib diketepikan (mas kahwin). Renungkan.

Sekarang kita tengok apa kebaikan (hikmah) pernikahan.

  1. Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks.melalui cara ini. Perzinaan .liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  2. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman hidup.
  3. Memelihara kesucian diri
  4. Melaksanakan tuntutan syariat (sunnah nabi)
  5. Menjaga keturunan
  6. Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak.
  7. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  8. Dapat mengeratkan silaturahim

Di sini saya menyimpulkan bahawa, jangan menyusahkan pernikahan jika seseorang mahu bernikah. Permudahkan ia, kerana sebaik-baik orang ialah orang yang memudahkan seseorang itu beribadah(nikah). InsyaAllah.

Jadi pesanan untuk diri saya juga;

Jauhi zina, jauhi bercouple,

Hampiri pernikahan, tegakkan syariat Islam,

Sesungguhnya pernikahan itu satu ibadah.



Rujukanku:

http://deafitrie.blog.friendster.com/2006/03/hadist-tentang-zina/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam

http://rostiani.blogsome.com/2006/05/06/tujuan-pernikahan-dalam-islam/



Daisypath Anniversary tickers